Saturday 2 July 2011

Antara sikap dan kemahiran Bahasa isyarat-daripada Bicara Sazali..




SIKAP :

Laporan kegagalan calon Pekak dalam peperiksaan awam oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menggerakkan hati saya membuat undian di laman facebook saya (www.facebook.com/mfdpresident) untuk mendapatkan pandangan umum.


Majoriti yang membuat undian telah memilih guru tidak mahir berbahasa isyarat sebagai faktor utama kegagalan pelajar Pekak dalam akademik. Namun ada yang tidak bersetuju. Cikgu Teh dari FSD ada memberikan fakta lain iaitu sikap guru ialah fakta utama yang boleh membantu orang Pekak berjaya dalam pelajaran. (Harap betulkan fakta ini kalau salah.)


Kenyataan Cikgu Teh boleh membahayakan keadaan kerana berdasarkan laporan LPM tadi akan mendedahkan sikap sebenar guru. Apakah majoriti guru yang mengajar pelajar Pekak tidak mempunyai sikap yang baik, gagal mengikut Ikrar Guru dan menjadi punca kegagalan pelajar kita?


Sekiranya ia benar akan mengaitkan pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah perguruan yang sedia ada kerana gagal membentuk sikap positif kepada guru yang mengajar orang Pekak. Pengajian tersebut perlu di baik pulih, di transformasikan atau di reformasikan.

KEMAHIRAN BERBAHASA ISYARAT :


Saya amat menekankan kepada kemahiran berbahasa isyarat menjadi faktor utama untuk membantu pelajar Pekak berjaya dalam akademik. Dalam temubual saya dengan guru yang mengajar di sekolah Pekak di Australia, New Zealand, UK, USA yang datang melawat ke MFD, mereka memaklumkan kepada saya bahawa guru wajib mengambil subjek bahasa isyarat dan lulus sebelum mengajar di sekolah Pekak.

Di negara tadi, subjek bahasa isyarat di peringkat universiti diajar oleh orang Pekak sendiri. Hasilnya membantu peningkatan kemahiran berbahasa isyarat, membangkitkan kesedaran dan menanamkan nilai positif kepada bakal guru tersebut. Ini adalah kerana orang Pekak sebagai tuan punya bahasa merupakan guru paling layak untuk membimbing bahasa tersebut dan menilaikan kemahiran pelajarnya.

Kemahiran berbahasa isyarat tersebut bukan sahaja menyampai ilmu tetapi membantu melicinkan komunikasi dua hala, berdiskusi dan membincang, serta memotivasikan pelajar Pekak sebab mereka merupakan kanak-kanak mentah yang memerlukan sokongan dan bimbingan.

Hal tersebut adalah berbeza dengan situasi di Malaysia. 


Berkaitan dengan kemahiran berbahasa isyarat, saya dimaklumkan dalam program pengajian pendidikan khas peringkat universiti di negara kita,  subjek KTBM/BMKT ada di ajar kepada calon guru. Persoalannya apakah kelayakan pensyarah tersebut mengajar subjek BMKT/KTBM? Sejauhmana kemahiran pensyarah yang mengajar subjek tersebut? Siapa yang menilaikan kepakarannya kerana tiada pengajian subjek KTBM/BMKT di universiti?


Selina Ooi ada menulis komen dalam diskusi facebook saya, guru yang tak pandai berisyarat boleh belajar daripada murid pekak mereka. Perkara ini adalah cerita yang biasa kita terima. Lucunya, siapa guru, siapa yang terima gaji?  Murid pekak tidak layak mengajar guru bahasa isyarat kerana mereka sendiri belum mahir dalam berbahasa isyarat, memahami istilah Bahasa Melayu dan membuat isyarat berkaitan dengan perkataan.

Akibatnya terdapat pelbagai isyarat isyarat baru yang dicipta oleh murid pekak dan guru yang berbeza di seluruh negara; yang kemudian di panggil dialek sesuatu negeri.

Satu dialog dengan YB Timbalan Menteri Pelajaran akan di adakan di waktu yang mendekat. Sesiapa yang mempunyai idea yang lebih baik adalah di persilakan menghantar komen kepada blog ini.

Friday 1 July 2011

Tentang diri dan orang deaf can berjaya



Hai...nak kenal diri saya ok...nama saya Danial Ikhwan bin Hairani...umur saya baru 15 tahun je...saya tinggal di Meru Klang....saya ada tiga adik-beradik semua boy.....haha...aku anak sulung,aku yg bertanggunjawab besar...saya adalah deaf,,,masalah pendengaran...tapi deaf tu bukan bodoh sangat taw....deaf pun boleh berjaya dalam HIDUP sama macam orang buta,tak semua mereka ada masalah pelajaran,saya dapat tahu ramai orang deaf dapat  masuk belajar diuniversity dalam dan luar NEGARA, UK,USA,SATU DUNIA PUN ADA JUGA..bagusnya.Sepatutnya kita mesti bersyukur dan redha kepada Allah kerana semua yang ditentukan ada hikmah disebaliknye.Saya pun akan buktikan yang saya boleh berjaya macam orang lain.Isyah-allah...AMIN!!!!